Wednesday, November 3, 2010
2 Nov 2010 (Selasa)::Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur PPKI SK Bidor 2 bersama PPKI SK Datuk Kelana.
Baru-baru ini, pada 2hb. November 2010 sekolah kami mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur bersama PPKI SK Datuk Kelana, Tapah. Rombongan pada kali ini menggunakan sebuah bas persiaran. Rombongan lawatan bergerak meninggalkan sekolah lebih kurang jam 8.00 pagi.
Tempat-tempat yang dilawati adalah Tugu Negara, Pusat Sains Negara dan Zoo Negara.
Lawatan ini melibatkan ibubapa pengiring serta guru dan PPM yang terdiri daripada 7 guru dan 2 PPM serta 14 murid daripada PPKI SK Datuk Kelana manakala daripada PPKI SK Bidor 2 adalah seramai 4 guru dan seorang PPM serta 7 orang murid.
Pelbagai aktiviti diadakan antaranya adalah semua murid-murid PPKI diberi peluang menghasilkan bentuk kapal terbang kertas dan cuba terbangkan ke udara dan melihat pertunjukan ‘tangan berapi’, air di dalam bekas tidak tumpah dan penarikan rambut melalui kuasa magnet di dewan khas, pengalaman berjalan melalui terowong akuarium di Pusat Sains Negara, manakala di zoo murid-murid diberi peluang untuk menaiki keretapi taman untuk melihat pelbagai jenis binatang selain menyaksikan pertunjukan anjing dan singa laut, burung kakak tua.
Pada kira-kira pukul 5 petang, kami pun bertolak pulang. Kelihatan semua murid-murid begitu seronok disamping dapat memberi pendedahan kepada mereka mengikuti pembelajaran di luar bilik darjah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment