I made this widget at MyFlashFetish.com.


KENALI KAMI

Gambar-Gambar Kenangan Bersama Cikgu Wan Norziani

Gambar Kenangan Leong Yong Seng (Ah Chen)

Sambutan Harijadi Murid-Murid Pendidikan Khas di SKB2

Gambar Kenangan bersama Cikgu Anizat

Saturday, May 15, 2010

SELAMAT HARI GURU 2010 (16 MEI 2010)

“Guru Pembina Negara Bangsa”.



Selamat Menyambut Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di seluruh Malaysia amnya dan di SEKOLAH KEBANGSAAN BIDOR 2 khasnya. Peranan dan tanggugjawab sebagai seorang guru amatlah mulia dan tidak ternilai harganya. Semoga terus gigih mendidik anak bangsa di zaman yang penuh cabaran ini.

GURU...dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam tawanya ada mesra, dalam diamnya ada bijak sana, dalam tangannya kita terbina. Berbahagialah menjadi guru..Selamat Hari Guru.

Erti sebenar seorang cikgu

C : cantik budi pekertinya
I : inovatif praktisnya
K : kreatif mindanya
G : garang semangatnya
U : unggul ilmunya

“ GURU OH GURU ”

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Sajak :
USMAN AWANG (1979)