I made this widget at MyFlashFetish.com.


KENALI KAMI

Gambar-Gambar Kenangan Bersama Cikgu Wan Norziani

Gambar Kenangan Leong Yong Seng (Ah Chen)

Sambutan Harijadi Murid-Murid Pendidikan Khas di SKB2

Gambar Kenangan bersama Cikgu Anizat

Sunday, November 21, 2010

CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum & salam sejahtera….
Esok bermulalah cuti penggal persekolahan dan pasti ramai ibubapa yang sudah merancang untuk melakukan aktiviti bersama. Ada juga ibubapa yang mengumpul cuti tahunan mereka untuk dihabiskan ketika anak-anak mereka bercuti panjang. Bila cuti sekolah menjelma, bukan sahaja pelajar yang teruja, malah cikgu cikgu pun turut sama. Ada yang membawa anak-anak untuk pergi melancong di dalam mahupun di luar Negara. Sementelah pula ketika di hujung tahun ini, ramai ibubapa yang menerima bonus yang boleh dibelanjakan untuk tujuan bercuti. Itu adalah rutin kebanyakan ibubapa di negara ini bila tiba cuti sekolah.
Manfaatkan cuti yang panjang. Cuti sebegini janganlah pula asyik tidur dan makan sahaja. Jadikan lah ia sesuatu yang lebih bermakna. Jadikan cuti ini masa untuk bermuhasabah diri dan juga memperbaiki kelemahan diri sebelum menghadapi musim mendatang.
Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga pendidik terutamanya warga pendidik kelas pendidikan khas SK Bidor 2. Manfaatkan cuti ini dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah..
Wassalam...;)

Monday, November 15, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA



Salam Aidil Adha..Semoga dihari yang mulia ini, saya, anda dan semua umat Muhammad s.a.w dalam rahmat Allah. Aidiladha merupakan perayaan yang dirayakan umat Islam di seluruh dunia. Ia merupakan sambutan terbesar dan teristimewa dalam agama Islam selain Aidilfitri. Aidiladha disambut pada 10, 11. 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, ia diikuti dengan solat sunat Aidiladha, khutbah pada pagi 10 Zulhjjah dan kemudian dilangsungkan ibadah korban yang boleh dilakukan pada siang 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.Bagi mereka yg berkemampuan buatlah KORBAN semuga anda semua akan dapat GANJARAN.. …Kejayaan dan pengorbanan adalah dua perkara yang sinonim..Tanpa Pengorbanan tiada kejayaan.Kejayaan hanya bagi mereka yang sanggup berkorban Harta, Masa, Keselesaan, Jiwa, Nafsu, dan wajib berani melakukan tindakkan yang boleh menjadikan diri anda Orang Berjaya, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang…
Salam Sukses.

Wednesday, November 3, 2010

2 Nov 2010 (Selasa)::Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur PPKI SK Bidor 2 bersama PPKI SK Datuk Kelana.











Baru-baru ini, pada 2hb. November 2010 sekolah kami mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur bersama PPKI SK Datuk Kelana, Tapah. Rombongan pada kali ini menggunakan sebuah bas persiaran. Rombongan lawatan bergerak meninggalkan sekolah lebih kurang jam 8.00 pagi.
Tempat-tempat yang dilawati adalah Tugu Negara, Pusat Sains Negara dan Zoo Negara.
Lawatan ini melibatkan ibubapa pengiring serta guru dan PPM yang terdiri daripada 7 guru dan 2 PPM serta 14 murid daripada PPKI SK Datuk Kelana manakala daripada PPKI SK Bidor 2 adalah seramai 4 guru dan seorang PPM serta 7 orang murid.
Pelbagai aktiviti diadakan antaranya adalah semua murid-murid PPKI diberi peluang menghasilkan bentuk kapal terbang kertas dan cuba terbangkan ke udara dan melihat pertunjukan ‘tangan berapi’, air di dalam bekas tidak tumpah dan penarikan rambut melalui kuasa magnet di dewan khas, pengalaman berjalan melalui terowong akuarium di Pusat Sains Negara, manakala di zoo murid-murid diberi peluang untuk menaiki keretapi taman untuk melihat pelbagai jenis binatang selain menyaksikan pertunjukan anjing dan singa laut, burung kakak tua.
Pada kira-kira pukul 5 petang, kami pun bertolak pulang. Kelihatan semua murid-murid begitu seronok disamping dapat memberi pendedahan kepada mereka mengikuti pembelajaran di luar bilik darjah.