I made this widget at MyFlashFetish.com.


KENALI KAMI

Gambar-Gambar Kenangan Bersama Cikgu Wan Norziani

Gambar Kenangan Leong Yong Seng (Ah Chen)

Sambutan Harijadi Murid-Murid Pendidikan Khas di SKB2

Gambar Kenangan bersama Cikgu Anizat

Monday, August 30, 2010

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2010 Ke-53




Esok, 31 Ogos, sekali lagi kita akan merayakan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-53..Sambutlah ia dengan penuh kesyukuran.

Kenangi dan hargailah jasa pejuang-pejuang tanahair kita, bumi bertuah Malaysia. Marilah kita semua eratkan perpaduan dan kekalkan suasana kedamaian agar keharmoniannya dapat kita nikmati bersama. Kemakmuran ini haruslah disatukan dengan budaya tolenrasi dan saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Bersama-sama kita membentuk malaysia ke arah negara maju dan makmur.

Semoga Malaysia akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang serta makmur tanpa mengira kaum, agama dan bangsa..'MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Datang bulan perjuangan 'Marhaban Ya Ramadhan'

Kami Warga Pendidikan Khas SK Bidor 2 mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa 1431H kepada seluruh umat islam..semoga amalan kita dibulan puasa ini diterima dan diberkati. Amin..


Saturday, August 7, 2010

Membuat Mural Di Dinding Kelas Pend. Khas SK Bidor 2







Proses membuat mural telah dimulai dari 13hb Julai 2010 dan hampir untuk disiapkan pada 7hb Ogos 2010 yang diilhamkan oleh Puan Wan Norziani (Penyelaras) bagi menceriakan dinding Kelas Pendidikan Khas SK Bidor 2 dan disokong oleh guru-guru dan PPM..Lukisan mural tersebut telah dibuat oleh GSTT, Cik Noridahyu dan En. Shamsul.