I made this widget at MyFlashFetish.com.


KENALI KAMI

Gambar-Gambar Kenangan Bersama Cikgu Wan Norziani

Gambar Kenangan Leong Yong Seng (Ah Chen)

Sambutan Harijadi Murid-Murid Pendidikan Khas di SKB2

Gambar Kenangan bersama Cikgu Anizat

Thursday, September 29, 2011

'Terapi Air' di Kolam Renang Mini PPKI SKB 2














Projek pembinaan Kolam Renang Mini ini mula dibina pada 13hb 9 2011 dan siap pada 27hb 9 2011..Kolam ini telah dibina oleh Penyelaras kami iaitu Cikgu Khairil Azizan serta dibantu oleh beberapa guru iaitu Cikgu Helmee, Cikgu Shamsul dan Ustaz Naim. Guru-guru lain serta ppm turut sama membantu bagi menjayakan projek kolam tersebut. Kolam tersebut telah dibina dengan bersungguh-sungguh di samping semangat kerjasama,rajin dan dengan penuh usaha supaya dapat menghasilkan kolam renang yang sempurna.
Objektif : Untuk memberi keseronokan dan menggembirakan murid-murid bermasalah pembelajaran ketika berada di dalam kolam atau air. Terapi renang ini dibina agar dapat memberikan banyak manfaat kepada murid-murid istimewa khususnya.
Pada keseluruhannya, berenang bukanlah rekreasi semata-mata, berenang juga merupakan satu aktiviti luar bilik darjah yang boleh membantu dalam perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus, kemahiran sosialisasi dan juga membantu dalam pembinaan yakin diri kanak-kanak amnya dan kanak-kanak khas khususnya.

Friday, September 9, 2011

Majlis Sambutan Jamuan Hari Raya PPKI SK Bidor 2 (9 Sept. 2011-Jumaat)

Majlis Sambutan Jamuan Hari Raya PPKI SK Bidor 2 telah diadakan di Kelas PPKI SK Bidor 2 bersamaan 11 Syawal 1432H pada jam 9.00 pagi. Majlis ini diadakan secara sederhana tetapi meriah dengan kerjasama semua pihak. Majlis ini secara amnya diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi talisiraturrahim antara guru-guru,ibu-bapa dan kakitangan sekolah.
Berbagai-bagai jenis menu makanan telah ditempah untuk sajian. Antara menu utama jamuan kali ini ialah lemang, roti jala, roti canai, ayam percik dan sebagainya. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, majlis ini telah berjalan dengan begitu lancar dan meriahnya sehingga ke jam 11.30 tengahari.
Terima kasih pada semua yang telah sama-sama membantu bagi menjayakan majlis ini.;)








Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H & Salam Kemerdekaan ke-54




Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bersempena dengan kedatangan Syawal ini, kami warga PPKI SKB2 mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin". Salam Kemerdekaan juga buat negara kita yang akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54 dengan temanya pada kali ini adalah “1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”. Kami sebagai Rakyat Malaysia berdoa agar negara kita akan senantiasa aman dan muhibbah tak kira agama, bangsa dan warna kulit.

Pastinya semua umat islam menghitung hari untuk meraikan Syawal setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan. Sayu hati untuk meninggalkan bulan yang penuh dengan rahmat, keberkatan dan limpahan pahala dari yang Esa...
Semoga segala persiapan, kuih muih, baju raya dan kelengkapan untuk di Aidilfitri ini telah tersedia dan bersederhana hendaknya.
Yang paling penting di musim perayaan ini adalah keselamatan dan kesihatan kita. Jika anda memandu jauh untuk perjalanan balik kampung, pastikan kenderaan dalam keadaan terbaik, dan anda juga cukup segar untuk memandu. Ingatlah orang yang tersayang...
Selamat pulang ke kampung dan berhati-hatilah di jalan raya. Panjang umur, kita bersua lagi, Insya-Allah.

Aktiviti membuat kain rentang Hari Raya dan Hari Kemerdekaan






Tuesday, July 19, 2011

Bulan Ramadhan Kian Menjelma Kembali

Beberapa hari lagi kita akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan, bulan yang dipenuhi keberkatan, semulia-mulia bulan. Hampir setahun kita meninggalkanya kini kita kembali bertemu bulan barakah ini. Seluruh umat Islam akan menyambutnya dengan penuh keriangan. Justeru itu, marilah kita sama-sama mengambil iktibar dan penuh tawaduk sempena bulan mulia ini. Rajin-rajin bersedekah, mantapkan amalan dan kuatkan keimanan ke hadrat Allah SWT. Bersama-samalah kita mengimarahkan rumah-rumah Allah sebelum Ramadhan semasa Ramadhan dan sesudah Ramadhan, Insya-Allah...

Friday, July 15, 2011

BERMAIN DENGAN KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS

Bagi kanak-kanak dengan keperluan istimewa, bermain bukan sahaja menyeronokkan malah terapeutik.

Bermain adalah penting untuk kanakkanak, tetapi ia lebih penting bagi kanak-kanak dengan keperluan istimewa, iaitu untuk merangsang perkembangan dan pembelajaran mereka.

Sebenarnya, bermain merupakan salah satu bentuk terapi yang digunakan oleh pakar tertentu untuk berinteraksi dengan kanakkanak serta membantu mereka meluahkan perasaan dan emosi. Terapi ini juga digunakan dalam program intervensi yang berkesan seperti intervensi awal, terapi pertuturan, terapi pengurusan ibu bapa, intervensi keluarga kepada kanak-kanak yang mengalami rangkaian gangguan tingkah laku dan fizikal yang meluas seperti gangguan bahasa, gangguan kelakuan, Gangguan Hiperaktiviti dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD), autisme dan serebral palsi.

Pelbagai bahan mainan (seperti barang permainan, bahan seni) dan kaedah mainan digunakan dalam terapi bermain yang disediakan dan dipandu oleh ahli profesional terlatih. Di rumah, ibubapa digalakkan untuk menggunakan permainan sebagai medium membina perhubungan ibubapa-anak positif, dan menyokong anak dalam perkembangan penggunaan kosa kata dan kemahiran komunikasi, sosial dan penyelesaian masalah.

Mengapa Bermain?

ADHD – Kanak-kanak ADHD mempunyai daya tumpuan singkat, bersikap hiperaktif dan luar jangkaan. Gejala ini menyukarkan kanak-kanak memberi tumpuan dan menghabiskan sesuatu tugasan. Mereka sering mengalami kesukaran dalam menumpukan perhatian di dalam kelas dan bersosial dengan kanak-kanak lain yang sama usia.

Penglibatan dalam permainan dan aktiviti yang sesuai dapat membantu kanak-kanak ADHD mengembangkan penumpuan yang lebih baik, meningkatkan keyakinan diri dan belajar bersosial serta berinteraksi secara betul dengan kanak-kanak lain. Waktu bermain juga merupakan peluang untuk memumpuk perhubungan yang erat dan positif antara ibu bapa dengan anak; yang biasanya tegang disebabkan oleh simptom ADHD.

Autisme – Kanak-kanak autistik mempunyai kesukaran berinteraksi dengan kanak-kanak lain secara biasa. Mereka lebih gemar bermain sendiri, menjadi obses dengan objek dan berada dalam dunia sendiri. Mereka juga kurang berkemampuan membaca ekspresi emosi dan isyarat sosial, menyebabkan perkembangan komunikasi-sosial mereka terjejas.

Permainan yang menumpukan pada minat kanak-kanak serta menggalakkan interaksi boleh membantu memperbaiki kemahiran komunikasi dan antara peribadi mereka.

Serebral palsi – Ia adalah suatu keadaan semulajadi yang menjejaskan ton otot, pergerakan dan kemahiran motor, mengakibatkan kekakuan, kesukaran bergerak dan pergerakan tidak sengaja. Kanak-kanak serebral palsi akan mengalami suatu tahap ketidakbolehan fizikal tertentu. Mereka mengalami kesukaran melaksanakan tugasan mudah seperti berdiri tanpa bergerak atau memegang objek.

Walaupun mereka mungkin tidak bersedia untuk bermain, namun mereka perlu bermain untuk mengembangkan kemahiran motor kasar dan halus serta perkembangan deria mereka.

Oleh Cik Woo Pei Jun, Pakar Psikologi Pekembangan
Sumber: http://www.mypositiveparenting.org/

Wednesday, July 6, 2011

SELAMAT DATANG juga kepada guru baru yang bertukar ke PPKI SKB2

Beliau adalah En. Fakaruddin Helmee b. Nomawi. Beliau dahulunya bertugas di SK Kg. Boyan, Taiping. Kedatangan beliau amatla kami hargai dan dialu-alukan..