I made this widget at MyFlashFetish.com.


KENALI KAMI

Gambar-Gambar Kenangan Bersama Cikgu Wan Norziani

Gambar Kenangan Leong Yong Seng (Ah Chen)

Sambutan Harijadi Murid-Murid Pendidikan Khas di SKB2

Gambar Kenangan bersama Cikgu Anizat

Saturday, June 19, 2010

Selamat Hari Bapa kepada semua yang bergelar bapa


Selamat Hari Bapa khasnya kepada bapa-bapa murid-murid Kelas Pendidikan Khas SK Bidor 2

Semoga para bapa semua dapat menjadi ketua keluarga yang memimpin keluarganya membentuk satu unit masyarakat yang positif dan bahagia. Ini hanya boleh dicapai dengan sokongan para ibu dan anak-anak juga..


Tuesday, June 15, 2010

Gotong-royong untuk Projek Perkebunan dan Mural kelas






17 Jun 2010 - Hari ini telah diadakan gotong-royong untuk projek perkebunan dan mural kelas. Projek dimulakan dengan aktiviti mengecat dinding utama untuk dibuat mural oleh guru-guru lelaki. Sementara itu guru-guru dan PPM perempuan pula bekerjasama membuat batas untuk projek tanaman sayuran. Sama-samalah kita tunggu dan lihat hasilnya nanti.

Melawat Jagateswaran di Hospital Teluk Intan


Hari ini 15 Jun 2010, Cikgu Wan dan Cikgu Ayu berpeluang melawat salah seorang anak murid Pendidikan Khas di SK Bidor 2 iaitu Jagateswaran a/l A.Muniandy yang ditimpa kemalangan di depan rumahnya sendiri. Jagdis merupakan salah seorang murid hiperaktif di kelas ini.Jagdis dikatakan membuka pintu depan rumahnya yang terlupa dikunci oleh adiknya dan bertindak lari melulu ke jalan apabila dikejar oleh ibunya. Sebuah kereta yang lalu dan tidak dapat memberhentikan keretanya lalu melanggar jagdis. Setelah dibawa ke Hospital Tapah, didapati kaki jagdis patah lalu dia dirujuk ke Hospital Teluk Intan. Ketika melawatnya jagdis sangat gembira apatah lagi semalam dia juga dikunjungi oleh PPM-PPM kelas kami yang datang melawatnya. Semoga jagdis cepat sembuh cikgu doakan dan dapat datang ke sekolah seperti sediakala..Amin

Thursday, June 10, 2010

Sambutan Harijadi Murid-Murid Pendidikan Khas di SKB2







Pada 2 Jun 2010, telah diadakan Majlis Sambutan Harijadi Murid-murid Pendidikan Khas di sekolah ini bagi meraikan murid-murid yang dilahirkan pada bulan Jan hingga Jun (tahun yang berbeza)bagi tahun 2010. Majlis diadakan dengan penuh ceria dan bermakna dengan kehadiran ibubapa/penjaga murid-murid yang diraikan. Di sini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja-penaja yang sangat budiman yang membantu menjadikan majlis ini lebih bermakna:

1. Kedai Kek Happy Angel's Bidor
2. Pasaraya Yatt Fong
3. Pn. Rosila dan keluarga (Tauke Ayam di Pasar Bidor)
4. En. A. Ramanaidu (Syarikat Pandita Ever Gold Ent)
5. Pn Tanti Haryani sekeluarga
6. Pn. Ng Siew Soon sekeluarga
7. En. Sahrin sekeluarga
8. Pn. Sakina Bibi sekeluarga
9. En. Mohd Azmy sekeluarga
10. Pn. Pn. Rukumani sekeluarga
11. Pn.Zainab Bee sekeluarga
12. Pn. Khor Khar In

Selamat Datang Guru-Guru Baru..

Pada 1 Jun 2010 Warga Pendidikan Khas di sekolah menerima kedatangan 2 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) menjadikan kesemua bilangan guru-guru di Kelas ini seramai 6 orang. Mereka ialah Cik Nuridahyu Bt. Abdul Aziz yang sebelum ini pernah menjadi GSTT di sini pada tahun lepas. Seorang lagi guru lelaki yang bernama En. Mohd.Shamsul bin Sapian yang pernah menjadi GSTT PK di Wangsa maju. Semoga mereka berdua dapat memberikan sepenuh komitmen pada Program Pendidikan Khas di sekolah ini.