Kecemerlangan insan istimewa kegemilangan bersama
Lawatan Sosial Ke Rumah Murid Pendidikan Khas
Saturday, April 24, 2010 11:36 PM
--> Rumah Mohd Shamirul
--> Rumah Esther Evengeline
--> Rumah Nur Aini
--> Rumah Priayatharzhani
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..Seperti yang dirancangkan, pada hari ini 24 April 2010 rombongan kami yang terdiri daripada 4 orang guru, 2 PPM dan 4 orang murid Pend. Khas telah memulakan lawatan kami ke rumah ESTHER EVENGELINE di Taman Permai, Bidor. Saat kami sampai ke rumahnya, Esther baru sahaja bangun dari tidur. Esther jarang hadir ke sekolah oleh kerana masalah kesihatannya yang terdedah kepada risiko pengsan. Peluang berkunjung ke rumahnya disambut baik oleh ibunya Pn. Gnana. Terima kasih kerana kesudian beliau menerima kunjungan kami.
Selepas itu kami ke rumah seorang lagi anak murid kami, iaitu PRIAYADARSHINI di Taman Permata. Kunjungan kami disambut baik oleh keluarga Priya. Semasa sampai, Priya sudah siap mandi dan sedang menonton TV Channel Hindustan..selepas beramah mesra dengan keluarga Priya, kami pun meminta diri untuk ke destinasi berikutnya. Sebelum itu kami singgah bersarapan pagi di Restoran Kari Kepala Ikan di Pekan Bidor.
Jam 10 pagi kami ke rumah anak murid yang seterusnya iaitu NUR AINI BT MOHD AZMY. Walaupun tersesat, akhirnya kami berjaya sampai ke rumah Nur Aini. Alangkah sebak dan sedih rasa hati kami melihat keadaan jalan menuju ke rumahnya dan keadaan rumahnya yang kurang sempurna. Buat pengetahuan semua, Nur Aini tinggal di Ladang Seri Intan Bidor. Keadaan jalan yang berbatu dan sempit menuju ke rumahnya mengundang simpati kami apatah lagi setibanya kami di halaman rumahnya yang sangat kecil, bayangkan rumah kecil tetapi mempunyai penghuni seramai 9 orang..namun wajah kegembiraan yang terpancar ketika menyambut kedatangan kami, melenyapkan sekejap kesedihan kami. Ayahnya cuma penjual petai di Pekan Bidor dan abangnya bekerja di ladang berkenaan. Itulah sumber pendapatan keluarganya. Sempat beramah mesra dengan keluarganya dan merakamkan gambar kenangan, kami pun memita diri untuk ke rumah anak murid yang terakhir iaitu MOHD SHAMIRUL B. SAHRIN. Kedatangan kami disambut baik oleh keluarga Shamirul, kami dijamu makan bihun goreng dan cucur jagung. Shamirul dengan keletahnya bersiap memakai uniform sekolah. Katanya hendak ke sekolah. siap memakai kasut dan menjerit-jerit ingin pergi ke sekolah. kelakar sungguh...Bapa Shamirul bekerja sebagai pemandu lori manakala ibunya seorang surirumah. Setelah beramah mesra dan bergambar kami pun meminta diri untuk pulang ke sekolah. Sebelum itu kami menghantar 3 orang murid yang mengikuti lawatan sosial ini iaitu Nana, Lulu dan Aiman ke rumah masing-masing kerana rumah mereka semua berdekatan antara satu sama yang lain. Azrina sahaja yang kami bawa ke sekolah. Mereka seakan tidak mahu pulang, mungkin seronok dengan aktiviti yang kami jalankan ini.
Begitulah perjalanan aktiviti lawatan sosial fasa 1 pada hari ini, diharap pada masa yang akan datang kami dapat ke rumah anak-anak murid yang lain. Anak-anak murid kami.....tunggu kedatangan kami dalam fasa yang ke 2 nanti...tunggu...
AKTIVITI PERKEBUNAN
Wednesday, April 21, 2010 9:27 PM
Aktiviti mengisi tanah ke dalam beg plastik hitam dibantu oleh Cikgu Wan dan PPM-Puan Bibi....
Antara murid-murid yang terlibat dalam aktiviti perkebunan ini..
--> AKTIVITI PERKEBUNAN-21hb April 2010 disertai oleh murid2 Kelas Pendidikan Khas yang diketuai oleh Cikgu Anizat.
AKTIVITI MASAKAN ( Membuat Karipap)
Wednesday, April 21, 2010 9:29 PM
Cikgu Wan memberi tunjuk ajar kpd murid-murid...
Aktiviti mencanai oleh Aiman, Risshe, dan Nana..sangat teruja..=)
khusyuknya mereka ..... =)
PPM-Cik Emy membuat demo mengadun tepung karipap...Uli jangan tak uli..(",)
Sesi menggoreng karipap yang dibuat sendiri oleh murid2 istimewa ini..diawasi oleh PPM.
inilah wajah kegembiraan mereka setelah melihat hasil tangan mereka sendiri..
Nyum2..mereka tak sabar nak makan karipap tu...(",)
AKTIVITI 21hb April 2010 - MASAKAN ( Sesi Pembelajaran Membuat Karipap oleh Murid2 Kelas 1 $ 2 Bersama Cikgu Wan, Cikgu Izat dan PPM Cik Emy..
Aksi-Aksi Murid Ketika Pemeriksaan Gigi Di Sekolah
Wednesday, April 21, 2010 10:02 PM
FOTO 1:
FOTO 2:
Antara Murid-Murid Yang Terlibat Dalam Pemeriksaan Gigi Oleh Klinik Kesihatan Bidor, Perak.
Sunday, April 18, 2010 3:55 PM
Kembara Aquaria-KTMB 2009
Sunday, April 18, 2010 9:58 AM
Stesen Keretapi Tapah Road ke KL Central
Aktiviti yang akan dijalankan dalam masa terdekat.
Saturday, April 17, 2010 9:12 AM
Pelbagai aktiviti sedang dirangka dan akan diusahakan..Diantara program yang akan dijalankan ialah Program Lawatan Sosial ke rumah murid-murid khas. Ianya akan diadakan pada 24 April 2010 yang bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim diantara pihak sekolah dengan ibubapa dan keluarga murid. Selain itu dapatlah kami mengetahui keadaan sebenar murid-murid ini apabila berada di rumah dan dapat memberi pengalaman baru kepada kawan-kawan mereka yang turut serta dalam program lawatan sosial...
Selayang pandang..
Friday, April 16, 2010 7:57 PM
Assalamualaikum dan salam sejahtera..salam 1 Malaysia kepada semua...lahirnya blog Kelas Integrasi Pendidikan Khas SK Bidor 2 ini adalah atas ilham rasa Tuan Guru Besar iaitu En. Alias b. Hamid. Kelas ini dibuka pada bulan Ogos 2007. Semasa dibuka hanya terdapat 2 orang guru iaitu En. Suresh Muraly dan Pn. Wan Norziani bt. Zaman. Kedua-duanya dari 2 sekolah program integrasi yang berlainan...dipilih untuk melaksanakan program kelas integrasi di sini...sebahagian dari murid-murid Pendidikan Khas di sekolah ini adalah dari Sek. Keb. Toh Tandewa Sakti Tapah yang mana mereka semua menetap di daerah Bidor..oleh kerana pada masa itu tiada kemudahan kelas Integrasi Pendidikan Khas di Bidor, ibu bapa murid-murid ini sanggup bersusah payah menghantar anak-anak mereka ke SKTTS semata-mata mahukan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang sempurna seperti kanak-kanak normal..Tahniah diatas semangat ibu bapa anak-anak istimewa ini...semasa dibuka...seperti bangunan baru yang tak berpenghuni...kosong-sekosongnya...dengan semangat 2 orang guru tadi kelas yang kosong terus dipenuhi dan dihiasi dari setiap sudut dengan bantuan GSTT, Cik Muhaini...jasamu dikenang Muhaini....pada awal 2008, PKBP SKB2 mendapat seorang lagi guru baru iaitu En. Anizat b. Tarlan..menjadikan jumlah guru di kelas ini 3 orang..dan pada tahun itu kami mendapat 2 orang Pembantu Pengurusan Murid Pend. Khas iaitu Pn. Akthar Bibi bt jamaludin dan Cik Noor Ermizaiti menjadikan proses p&p berjalan dengan lancar dan program keceriaan dipertingkatkan..Guru GSTT silih berlalu..terima kasih kepada En Sufiyuddin dan Cik Nuridahyu kerana memeriahkan kelas kami dengan kehadiran mereka sebagai GSTT 2009..Pada januari 2010 Kelas ini menerima 2 orang lagi guru iaitu Pn. Izatul Norizan bt Selamat dan Pn. Min Aropah@Marzieana bt Mamat..En Suresh, penyelaras PKBP SKB2 telah meninggalkan kami semua apabila dipilih menjadi Penolong Kanan Pendidikan Khas di SK Toh Tandewa Sakti...what a small world...dan sehingga hari ini tinggallah kami berempat, melunaskan bakti demi anak-anak murid yang dikasihi..Di sini kami ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Sir Suresh atas segala bakti dan pengorbanan yang telah dilakukan kepada Kelas ini..jasamu sentiasa dikenang sir...