I made this widget at MyFlashFetish.com.


KENALI KAMI

Gambar-Gambar Kenangan Bersama Cikgu Wan Norziani

Gambar Kenangan Leong Yong Seng (Ah Chen)

Sambutan Harijadi Murid-Murid Pendidikan Khas di SKB2

Gambar Kenangan bersama Cikgu Anizat

Friday, April 16, 2010

Selayang pandang..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..salam 1 Malaysia kepada semua...lahirnya blog Kelas Integrasi Pendidikan Khas SK Bidor 2 ini adalah atas ilham rasa Tuan Guru Besar iaitu En. Alias b. Hamid. Kelas ini dibuka pada bulan Ogos 2007. Semasa dibuka hanya terdapat 2 orang guru iaitu En. Suresh Muraly dan Pn. Wan Norziani bt. Zaman. Kedua-duanya dari 2 sekolah program integrasi yang berlainan...dipilih untuk melaksanakan program kelas integrasi di sini...sebahagian dari murid-murid Pendidikan Khas di sekolah ini adalah dari Sek. Keb. Toh Tandewa Sakti Tapah yang mana mereka semua menetap di daerah Bidor..oleh kerana pada masa itu tiada kemudahan kelas Integrasi Pendidikan Khas di Bidor, ibu bapa murid-murid ini sanggup bersusah payah menghantar anak-anak mereka ke SKTTS semata-mata mahukan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang sempurna seperti kanak-kanak normal..Tahniah diatas semangat ibu bapa anak-anak istimewa ini...semasa dibuka...seperti bangunan baru yang tak berpenghuni...kosong-sekosongnya...dengan semangat 2 orang guru tadi kelas yang kosong terus dipenuhi dan dihiasi dari setiap sudut dengan bantuan GSTT, Cik Muhaini...jasamu dikenang Muhaini....pada awal 2008, PKBP SKB2 mendapat seorang lagi guru baru iaitu En. Anizat b. Tarlan..menjadikan jumlah guru di kelas ini 3 orang..dan pada tahun itu kami mendapat 2 orang Pembantu Pengurusan Murid Pend. Khas iaitu Pn. Akthar Bibi bt jamaludin dan Cik Noor Ermizaiti menjadikan proses p&p berjalan dengan lancar dan program keceriaan dipertingkatkan..Guru GSTT silih berlalu..terima kasih kepada En Sufiyuddin dan Cik Nuridahyu kerana memeriahkan kelas kami dengan kehadiran mereka sebagai GSTT 2009..Pada januari 2010 Kelas ini menerima 2 orang lagi guru iaitu Pn. Izatul Norizan bt Selamat dan Pn. Min Aropah@Marzieana bt Mamat..En Suresh, penyelaras PKBP SKB2 telah meninggalkan kami semua apabila dipilih menjadi Penolong Kanan Pendidikan Khas di SK Toh Tandewa Sakti...what a small world...dan sehingga hari ini tinggallah kami berempat, melunaskan bakti demi anak-anak murid yang dikasihi..Di sini kami ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Sir Suresh atas segala bakti dan pengorbanan yang telah dilakukan kepada Kelas ini..jasamu sentiasa dikenang sir...

No comments:

Post a Comment