LAWATAN PERTAMA : Rumah Esther Evengeline
LAWATAN KEDUA : Rumah Priayatharzhani
LAWATAN KETIGA : Rumah Nur Aini
LAWATAN KE-4 : Rumah Mohd Shamirul
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..Seperti yang dirancangkan, pada hari ini 24 April 2010 rombongan kami yang terdiri daripada 4 orang guru, 2 PPM dan 4 orang murid Pend. Khas telah memulakan lawatan kami ke rumah ESTHER EVENGELINE di Taman Permai, Bidor. Saat kami sampai ke rumahnya, Esther baru sahaja bangun dari tidur. Esther jarang hadir ke sekolah oleh kerana masalah kesihatannya yang terdedah kepada risiko pengsan. Peluang berkunjung ke rumahnya disambut baik oleh ibunya Pn. Gnana. Terima kasih kerana kesudian beliau menerima kunjungan kami.
Selepas itu kami ke rumah seorang lagi anak murid kami, iaitu PRIAYADARSHINI di Taman Permata. Kunjungan kami disambut baik oleh keluarga Priya. Semasa sampai, Priya sudah siap mandi dan sedang menonton TV Channel Hindustan..selepas beramah mesra dengan keluarga Priya, kami pun meminta diri untuk ke destinasi berikutnya. Sebelum itu kami singgah bersarapan pagi di Restoran Kari Kepala Ikan di Pekan Bidor.
Jam 10 pagi kami ke rumah anak murid yang seterusnya iaitu NUR AINI BT MOHD AZMY. Walaupun tersesat, akhirnya kami berjaya sampai ke rumah Nur Aini. Alangkah sebak dan sedih rasa hati kami melihat keadaan jalan menuju ke rumahnya dan keadaan rumahnya yang kurang sempurna. Buat pengetahuan semua, Nur Aini tinggal di Ladang Gedong,Bidor. Keadaan jalan yang berbatu dan sempit menuju ke rumahnya mengundang simpati kami apatah lagi setibanya kami di halaman rumahnya yang sangat kecil, bayangkan rumah kecil tetapi mempunyai penghuni seramai 9 orang..namun wajah kegembiraan yang terpancar ketika menyambut kedatangan kami, melenyapkan sekejap kesedihan kami. Ayahnya cuma penjual petai di Pekan Bidor dan abangnya bekerja di ladang berkenaan. Itulah sumber pendapatan keluarganya. Sempat beramah mesra dengan keluarganya dan merakamkan gambar kenangan, kami pun memita diri untuk ke rumah anak murid yang terakhir iaitu MOHD SHAMIRUL B. SAHRIN. Kedatangan kami disambut baik oleh keluarga Shamirul, kami dijamu makan bihun goreng dan cucur jagung. Shamirul dengan keletahnya bersiap memakai uniform sekolah. Katanya hendak ke sekolah. siap memakai kasut dan menjerit-jerit ingin pergi ke sekolah. kelakar sungguh...Bapa Shamirul bekerja sebagai pemandu lori manakala ibunya seorang surirumah. Setelah beramah mesra dan bergambar kami pun meminta diri untuk pulang ke sekolah. Sebelum itu kami menghantar 3 orang murid yang mengikuti lawatan sosial ini iaitu Nana, Lulu dan Aiman ke rumah masing-masing kerana rumah mereka semua berdekatan antara satu sama yang lain. Azrina sahaja yang kami bawa ke sekolah. Mereka seakan tidak mahu pulang, mungkin seronok dengan aktiviti yang kami jalankan ini.
Begitulah perjalanan aktiviti lawatan sosial fasa 1 pada hari ini, diharap pada masa yang akan datang kami dapat ke rumah anak-anak murid yang lain. Anak-anak murid kami.....tunggu kedatangan kami dalam fasa yang ke 2 nanti...tunggu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment