Assalamualaikum & salam sejahtera….
Esok bermulalah cuti penggal persekolahan dan pasti ramai ibubapa yang sudah merancang untuk melakukan aktiviti bersama. Ada juga ibubapa yang mengumpul cuti tahunan mereka untuk dihabiskan ketika anak-anak mereka bercuti panjang. Bila cuti sekolah menjelma, bukan sahaja pelajar yang teruja, malah cikgu cikgu pun turut sama. Ada yang membawa anak-anak untuk pergi melancong di dalam mahupun di luar Negara. Sementelah pula ketika di hujung tahun ini, ramai ibubapa yang menerima bonus yang boleh dibelanjakan untuk tujuan bercuti. Itu adalah rutin kebanyakan ibubapa di negara ini bila tiba cuti sekolah.
Manfaatkan cuti yang panjang. Cuti sebegini janganlah pula asyik tidur dan makan sahaja. Jadikan lah ia sesuatu yang lebih bermakna. Jadikan cuti ini masa untuk bermuhasabah diri dan juga memperbaiki kelemahan diri sebelum menghadapi musim mendatang.
Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga pendidik terutamanya warga pendidik kelas pendidikan khas SK Bidor 2. Manfaatkan cuti ini dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah..
Wassalam...;)
Sunday, November 21, 2010
Monday, November 15, 2010
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA
Salam Aidil Adha..Semoga dihari yang mulia ini, saya, anda dan semua umat Muhammad s.a.w dalam rahmat Allah. Aidiladha merupakan perayaan yang dirayakan umat Islam di seluruh dunia. Ia merupakan sambutan terbesar dan teristimewa dalam agama Islam selain Aidilfitri. Aidiladha disambut pada 10, 11. 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, ia diikuti dengan solat sunat Aidiladha, khutbah pada pagi 10 Zulhjjah dan kemudian dilangsungkan ibadah korban yang boleh dilakukan pada siang 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.Bagi mereka yg berkemampuan buatlah KORBAN semuga anda semua akan dapat GANJARAN.. …Kejayaan dan pengorbanan adalah dua perkara yang sinonim..Tanpa Pengorbanan tiada kejayaan.Kejayaan hanya bagi mereka yang sanggup berkorban Harta, Masa, Keselesaan, Jiwa, Nafsu, dan wajib berani melakukan tindakkan yang boleh menjadikan diri anda Orang Berjaya, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang…
Salam Sukses.
Wednesday, November 3, 2010
2 Nov 2010 (Selasa)::Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur PPKI SK Bidor 2 bersama PPKI SK Datuk Kelana.
Baru-baru ini, pada 2hb. November 2010 sekolah kami mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur bersama PPKI SK Datuk Kelana, Tapah. Rombongan pada kali ini menggunakan sebuah bas persiaran. Rombongan lawatan bergerak meninggalkan sekolah lebih kurang jam 8.00 pagi.
Tempat-tempat yang dilawati adalah Tugu Negara, Pusat Sains Negara dan Zoo Negara.
Lawatan ini melibatkan ibubapa pengiring serta guru dan PPM yang terdiri daripada 7 guru dan 2 PPM serta 14 murid daripada PPKI SK Datuk Kelana manakala daripada PPKI SK Bidor 2 adalah seramai 4 guru dan seorang PPM serta 7 orang murid.
Pelbagai aktiviti diadakan antaranya adalah semua murid-murid PPKI diberi peluang menghasilkan bentuk kapal terbang kertas dan cuba terbangkan ke udara dan melihat pertunjukan ‘tangan berapi’, air di dalam bekas tidak tumpah dan penarikan rambut melalui kuasa magnet di dewan khas, pengalaman berjalan melalui terowong akuarium di Pusat Sains Negara, manakala di zoo murid-murid diberi peluang untuk menaiki keretapi taman untuk melihat pelbagai jenis binatang selain menyaksikan pertunjukan anjing dan singa laut, burung kakak tua.
Pada kira-kira pukul 5 petang, kami pun bertolak pulang. Kelihatan semua murid-murid begitu seronok disamping dapat memberi pendedahan kepada mereka mengikuti pembelajaran di luar bilik darjah.
Monday, October 4, 2010
SELAMAT DATANG
Hari ini,4hb Oktober 2010..kami warga kelas pendidikan khas SK Bidor 2 mengucapkan selamat datang kepada penolong kanan pendidikan khas yang baru cikgu mohayadin..kami ucapkan selamat bertugas...semoga cikgu dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi demi kemajuan kelas ini...
Saturday, October 2, 2010
SELAMAT BERTUKAR DAN BERTUGAS DI TEMPAT BARU
Warga kelas pendidikan khas mengucapkan selamat bertukar dan bertugas di tempat baru dan mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala sumbangan dan idea selama bertugas sebagai guru biasa ke guru penyelaras dan kewujudan portal ini adalah merupakan salah satu idea dan inisiatif beliau.
Beliau telah mula berkhidmat mulai 12 Jun 2002. Beliau mempunyai pengalaman mengajar 8 tahun. Hanya baru 3 tahun di sekolah ini, beliau telah mendapat surat pertukaran yang berkuatkuasa 16 September 2010 ke Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana, Tapah sebagai Guru Penyelaras. Opsyen beliau adalah Matematik/P.Khas (Masalah Pembelajaran). Sepanjang bertugas di sekolah ini, beliau merupakan guru kelas 1 Dedikasi, Guru Hal Ehwal Murid Pend.Khas dan Bendahari.
Keprihatinan dan kemesraan beliau terhadap rakan-rakan sekerja membuatkan warga Kelas Pendidikan Khas SK Bidor 2 amat terasa dengan pertukaran beliau. Beliau telah banyak membantu rakan-rakan sekerja dalam segala bidang mahu pun di luar dari bidang sekolah, beliau seorang yang serba boleh. Semoga Cikgu Wan Norziani akan dikenang oleh semua warga Kelas Pendidikan Khas SK Bidor 2 walaupun beliau tiada di sini.
Semoga terus maju dan berjaya serta berbahagia di sekolah baru.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Jadi Fasa II ( KHAMIS -30 SEPT. 2010)
SAMBUTAN HARI JADI (FASA II)
Baru-baru ini Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Jadi Fasa II telah diadakan di Kelas kami pada 30hb. September 2010 bersamaan hari khamis..
Jamuan Hari Raya ini diadakan bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara guru-guru pendidikan khas dan murid-murid. Disamping itu, murid-murid juga berpakaian hari raya untuk memeriahkan lagi sambutan.
Guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid sama-sama berganding bahu melaksanakan sambutan tersebut.Terima kasih pada cikgu2 SKB2 n staf2 dan ibubapa yg sudi hadir pada majlis tersebut..Manakala bagi Sambutan Hari Jadi Fasa II pula, melibatkan guru-guru dan murid-murid yang lahir dari bulan Julai hingga Disember. Mereka yang diraikan adalah Cikgu Wan Norziani, Cikgu Anizat, Cikgu Min Aropah, Cikgu Nuridahyu dan Cikgu Shamsul..Murid-murid pula adalah terdiri daripada Rishi Taran, Norhasnida, Lam wing Hong, Chai Poh Yean, Sarul Ridahn, Aiman dan Rukhsanah Zeri.
Sunday, September 5, 2010
SALAM AIDILFITRI 2010
Hari Raya bakal menjelang tiba...kami warga kelas Pend. Khas SK Bidor 2 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat islam walau dimana berada. Kami menyusun sepuluh jari memohon seribu kemaafan sekiranya ada kesilapan atau kesalahan yang telah kami lakukan. Bagi mereka yang pulang jauh ke kampung, di harap berhati-hati di jalanraya. Di saat keghairahan kita untuk pulang beraya di kampung nanti, jangan nanti malang pula yang bakal menimpa. Ingatlah orang yang tersayang..
Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Semoga berbahagialah hendaknya di Aidilfitri nanti.
Monday, August 30, 2010
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2010 Ke-53
Esok, 31 Ogos, sekali lagi kita akan merayakan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-53..Sambutlah ia dengan penuh kesyukuran.
Kenangi dan hargailah jasa pejuang-pejuang tanahair kita, bumi bertuah Malaysia. Marilah kita semua eratkan perpaduan dan kekalkan suasana kedamaian agar keharmoniannya dapat kita nikmati bersama. Kemakmuran ini haruslah disatukan dengan budaya tolenrasi dan saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Bersama-sama kita membentuk malaysia ke arah negara maju dan makmur.
Semoga Malaysia akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang serta makmur tanpa mengira kaum, agama dan bangsa..'MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Tuesday, August 24, 2010
Tuesday, August 10, 2010
Selamat Datang bulan perjuangan 'Marhaban Ya Ramadhan'
Saturday, August 7, 2010
Membuat Mural Di Dinding Kelas Pend. Khas SK Bidor 2
Proses membuat mural telah dimulai dari 13hb Julai 2010 dan hampir untuk disiapkan pada 7hb Ogos 2010 yang diilhamkan oleh Puan Wan Norziani (Penyelaras) bagi menceriakan dinding Kelas Pendidikan Khas SK Bidor 2 dan disokong oleh guru-guru dan PPM..Lukisan mural tersebut telah dibuat oleh GSTT, Cik Noridahyu dan En. Shamsul.
Friday, July 30, 2010
Aktiviti Masakan (Membuat Kuih Buah Melaka - 29hb Julai 2010/Khamis)
Terapi Minda di Tesco Kampar (22hb Julai 2010)
Program Terapi Minda di Tesco Kampar melibatkan 10 orang murid telah berjalan dengan lancar..Terima kasih kepada semua guru-guru, Puan Wan Norziani, En.Anizat Tarlan, Puan Izatul, Puan Min Aropah, Cik Noridayu, Ustaz Naim dan En. MohdShamsul...dan tak lupa kepada Pembantu Pengurusan Murid, Puan AkhtarBibi dan Cik Noor Ermizaiti...
Saturday, June 19, 2010
Selamat Hari Bapa kepada semua yang bergelar bapa
Wednesday, June 16, 2010
Tuesday, June 15, 2010
Gotong-royong untuk Projek Perkebunan dan Mural kelas
17 Jun 2010 - Hari ini telah diadakan gotong-royong untuk projek perkebunan dan mural kelas. Projek dimulakan dengan aktiviti mengecat dinding utama untuk dibuat mural oleh guru-guru lelaki. Sementara itu guru-guru dan PPM perempuan pula bekerjasama membuat batas untuk projek tanaman sayuran. Sama-samalah kita tunggu dan lihat hasilnya nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)