Hari ini 15 Jun 2010, Cikgu Wan dan Cikgu Ayu berpeluang melawat salah seorang anak murid Pendidikan Khas di SK Bidor 2 iaitu Jagateswaran a/l A.Muniandy yang ditimpa kemalangan di depan rumahnya sendiri. Jagdis merupakan salah seorang murid hiperaktif di kelas ini.Jagdis dikatakan membuka pintu depan rumahnya yang terlupa dikunci oleh adiknya dan bertindak lari melulu ke jalan apabila dikejar oleh ibunya. Sebuah kereta yang lalu dan tidak dapat memberhentikan keretanya lalu melanggar jagdis. Setelah dibawa ke Hospital Tapah, didapati kaki jagdis patah lalu dia dirujuk ke Hospital Teluk Intan. Ketika melawatnya jagdis sangat gembira apatah lagi semalam dia juga dikunjungi oleh PPM-PPM kelas kami yang datang melawatnya. Semoga jagdis cepat sembuh cikgu doakan dan dapat datang ke sekolah seperti sediakala..Amin
Tuesday, June 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment